Wednesday, 24 May 2017

Air Terjun Teladas

AIR TERJUN TELADAS

PENGENALAN

air terjun teladas terletak di daerah maran, Pahang. ianya mengambil beberapa minit sahaja dari bandar maran. disebabkan blog2 lain mengatakan bahawa air terjun teladas ini kotor, sampah merata-rata dan tidak terjaga tapi itu dulu sekarang dah banyak perubahan yang telah di lakukan untuk mencantikkan suasana di kawasan itu. saya seorang pelajar uitm pernah berhasrat untuk ke sini jika ada kelapangan tetapi bila bertanyakan hasrat untuk pergi ke sana kepada kawan, mereka telah menunjukkan beberapa gambar dari blog2 lain yang keadaan kat situ kotor. tetapi, belum cuba belum tahu kerana entry blog tersebut telah lama dan dah tidak sesuai untuk masa sekarang.

jadi saya telah pergi ke sana untuk membuktikan bahawa sangkaan kawan2 saya itu salah dan di dapati teladas sudah jauh berubah dari semua segi. ada tempat permainan kanak2 , jalan pon sudah bertar dan dulunya jalan tanah untuk pergi ke kawasan atas air terjun tetapi sekrang sudah ada jalan bersimen untuk anda ke sana. tapi yang pasti, jambatan gantung tetap ada dan tetap kukuh sehingga ke hari ini.

bila anda ke sini ada dua jalan, tapi jangan gelabah kerana dua2 tu adalah jalan ke air terjun tersebut, satu ke hutan lipur teladas(sebelah kanan), boleh jugak untuk mandi-manda dan satu lagi tempat berkelah air terjun teladas(sebelah kiri). dan pastikan anda lebih berhati-hati kerana sesetengah batu kat sini licin.



kawasan berkelah teladas mempunyai jambatan gantung dan masih kukuh.


jambatan atas jalan raya tu adalah jalan ke air terjun teladas, air terjun nie terletak betul2 dekat dengan jalan raya tersebut dan bila anda bermain dekat2 bahagian bawah, anda akan dengar kenderaan yang ekzos nyew kuat. 


suasana air terjun teladas yang amat sejuk dan nyaman dan air nyew jernih


nie bahagian di hutan lipur teladas (sebelah kanan), korang akan tengok air terjun yang paling tinggi kat situ. tapi watch ur step, tempat nie batu nyew licin. ( sbb saya hampir nak terjatuh dalam tu... haha)


nie bukan teladas tetapi di felda bukit tajau. saja nak up sikit nama kampung nie haha..(tapi kawasan kat situ sangat cantik)


akhir kata, kita jangan mudah percaya kepada orang kerana hidup ini kena mencuba, belum cuba belum tahu sudah cuba baru tahu. ia kan mengubah tangapan kita tentang sesuatu perkara, and thats make you grow. hidup hanya sekali dan semua keputusan di tangan anda adakah anda hanya ingin mengikut kata2 orang lain atau hidup dengan cara anda sendiri. anda putuskan dan Dia tentukan. babai....


No comments:

Post a Comment

Taman Negara

PENGENALAN memandangkan saya ada trip under uitm ke taman negara, jadi ini sedikit perkongsian tentang taman negara. taman negara atau...