PENGENALAN
memandangkan saya ada trip under uitm ke taman negara, jadi ini sedikit perkongsian tentang taman negara.
taman negara atau dikenali taman negara king george v sekitar tahun 1938/1939 sehingga kemerdekaan mempunyai hutan hujan tropika yang tertua di dunia. ini kerana hutan hujan tropika di malaysia tidak mengalami zaman ais seperti negara2 lain. ia menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia. pelbagai spesis flora dan fauna yang dapat di jumpai di sini. oleh sebab itu,banyak pengkaji-pengkaji atau pelancong luar ke sini untuk mengetahui dan mengenali lebih dekat hutan yang dikatakan tertua di dunia.
aktiviti yang paling popular di sini adalah :-
- rapid shooting - dimana kita akan menaiki bot dan kita akan berlawan menyimbah air dengan bot yang lain sampai basah (masa bot tengah bergerak pergi ke sesuaru tempat)
- jungle trekking - ada trek berjalan kaki yang di sediakan untuk pelancong dan boleh mengenal spesis pokok.
- hiking - ada bukit terisik yang anda boleh mendaki dan ada 2 check point yang sangat cantik pemandangan dia
- memancing - mempunyai 300 spesis ikan di sungai kenyam dan lata berkoh. (kelisa dan kelah)
- kanopi walk - harga dia rm5, dan sangat puas hati dengan memandangan dan experience nie.
untuk masuk ke dalam taman negara, perlu memerlukan lesen tetapi anda juga boleh mengunakan renjer yang akan escort anda(harga saya x pasti). untuk mengambil gambar juga perlu membayar sebanyak rm5 (saya x pasti sebab ape tpi memang kena). di sepanjang perjalanan bersama dengan renjer, renjer tersebut akan menerangkan semua tentang taman negara tersebut. kalau nak bermalam di hostel atau hotel pon boleh dan jika ingin membuat perkhemahan pon boleh.
di taman negara, terdapat suku kaum orang asli dan masih dengan cara hidup orang terdahulu. jika melihat budak perempuan yang umur nyew 13 14 tahun mendukung anak, percaya atau tidak itu adalah anak mereka kerana umur untuk berkhawin bagi perempuan adalah 13 tahun ke atas dan lelaki adalah 16 tahun ke atas. anda dapat belajar bagaimana untuk menyumpit dan membuat bara api di sini dan mereka akan menceritakan serba sedikit tentang kaum diorang.
tengok muka pon dah tahu tempat nie menarik
untuk ke kaunter renjer, perlu menaiki bot dan x sampai seminit pon (sebab seberang sungai jew)
titian kanopi (canopy walk)- dsyorkan tengok dahulu dimana kita pegang takut ada sang tebuan tengah landing kat situ
puncak terisik (checkpoint 1)
tinggi bukan?, sesapa yang fobia tinggi, x perlu risau sbb setiap checkpoint ada yang menjaga dan keselamatan terjamin
salah satu perhentian selepas main rapid shooting (nie anak sungai mengalir ke ibu sungai yang kat depan sana tu)
puncak terisik (checkpoint 1)
trek ke puncak terisik (checkpoint 2)
di tepi sungai ( baju dah basah sbb rapid shooting)
sesapa yang fobia tu, berhati-hati dengan manusia yang suka memperdajjalkan orang.
yang penting enjoy selagi boleh, kat sini boleh mandi dan air dia pon sejuk
pastikan memakai baju lengan panjang dan seluar trek yang boleh mengelakkan dari calar dan cedera.
No comments:
Post a Comment