Tuesday, 23 May 2017

Gunung Senyum

GUNUNG SENYUM 

PENGENALAN

Gunung senyum (smiling mountain), terletak di felda jengka 25, jengka pahang. namanya di beri oleh sultan pahang sempena pengiringnya yang tersenyum bila di tanyakan oleh baginda apakah nama gunung tersebut semasa berada di kaki gunung. terdapat 25 gua di gunung senyum antaranya ialah :-


  • Gua Tapa, 
  • Gua Gudang Kelawar,
  •  Gua Kolam Tujuh, (dipercayai tempat bersiram puteri bunian)
  • Gua Batu Merlap, 
  • Gua Kambing, 
  • Gua Gajah, 
  • Gua Silat, (sempena gelangang silat oleh orang terdahulu )
  •  Gua Gong 
  •  Gua Danau Impian ( tempat toklong dan isterinya bermain )
  • Gua Terang Bulan 
  • Gua Kelam dan
  •  Gua Jebak Puyuh

antara legenda di gunung senyum ini ialah seorang yang berhati mulia yang dikenali tok long telah memperisterikan seorang puteri bunian. selepas sekian lama berada di sana, tok long menyatakan hasratnya ingin pulang ke kampung kepada isterinya kerana terlalu rindu. puteri bunian tersebut memberi syarat kepada toklong supaya pergi hanya sempurnama sahaja. tok long menerima syarat tersebut dan pergi pulang ke kampung.

selama sempurnama tok long di kampung, beliau telah terlupa akan syarat dan janji yang di buat dengan isterinya kerana terlalu seronok berjumpa dengan orang kampung. tetapi bila beliau teringat kembali janji tersebut, beliau terus bergegas ke gunung senyum untuk berjumpa dengan isterinya. sesampainya beliau di sana beliau dapati isterinya telah tiada dan beliau terus mencari , selama pencarian beliau akhirnya beliau berjumpa dengan isterinya tetapi tidak boleh mendekati isterinya tersebut ( gua danau impian ) , beliau telah menetap di sana sampai ke akhir hayat beliau dan di makamkan di gua yang diberi nama gua makam tok long. 






tasik di gunung senyum


sesapa ada hasrat nak masuk ikut kebun tongkat ali nie, harap korang batalkan hasrat korang kerana ada sang penjaga yang diberi nama "anjing" (saya kene kejar anjing masa masuk kebun nie tpi nasib baik x sempat gigit sbb naik motor.. kikiki , anjing hitam ko, jangan main2.hahaha )


papan tanda " gunung senyum "


jambatan ke gunung senyum


jalan kampung sekitar gunung senyum


di suatu sudut dalam gua makam tom long


jalan menuju ke gunung tersebut ( 3 minit dari tempat saya tidur nie ke gunung senyum )


di dalam gua makam tok long


same...(bawah tu adalah tempat masuk ke gua makam tok long)


pon same...

jika ingin membaca lebih detail pasal lagenda tersebut, disarankan korang semua pegi sendiri untuk tengok keindahan gua tersebut. sebenarnya untuk masuk ke dalam gua nie memerlukan renjer dan dikenakan bayaran rm 5 untuk masuk ke dalam gunung ini. memandangkan tempat ini penuh dengan gua dan sejarah, yang selalu datang ke sini hanyalah ahli arkeologi, pengkaji sejarah dan orang yang suka aktiviti caving.

perlu berhati bila menaiki tangga yang curam dan sedikit licin (kawan saya hampir terjatuh nasib baik sempat berpaut di tiang tangga). klau pergi sorang2 memang kau akan tahu betapa krik2 nyew kau datang sini. tetapi kalau datang untuk membuat perkhemahan atau aktiviti beramai-ramai amat lah seronok kerana kita dapat tahu serba sedikit tentang sejarah dan pembentukkan  gunung ini.


p/s : jika menggunakan waze atau google map di syorkan taip "gunung senyum" bukan "gunung senyum  recreational forest" kerana lokasi yang berbeza. yang recreational tu akan bawa anda ke dalam ladang kelapa sawit ( saye tau sbb saye dah terkena..huhu) dan pakai kasut please.....

bai...

No comments:

Post a Comment

Taman Negara

PENGENALAN memandangkan saya ada trip under uitm ke taman negara, jadi ini sedikit perkongsian tentang taman negara. taman negara atau...