PENGENALAN
gua kota gelanggi terletak di berhampiran pulau tawar iaitu tempat asal pahlawan mat kilau. berhampiran dengan kota gelanggi nie juga terdapat muzium pahlawan mat kilau. terdapat beberapa buah gua yang boleh anda lawati daripada lebih dari 100 buah gua yang ada kat situ adalah :-
- Gua Tongkat,
- gua balai
- gua terang bulan
- Gua Angin,
- Gua Batu Sanding,
- Gua Penyu, dan
- Gua Kelawar
ada 3 gua yang anda boleh masuk tanpa memerlukan renjer iaitu gua tongkat, gua balai dan gua terang bulan.
- gua tongkat - gua yang berbentuk seperti pintu gerbang dan mempunyai jalan bertar melaluinya.
- gua balai - gua yang mempunyai keluasan seperti stadium dan terdapat beberapa kesan catatan kajian oleh arkeologi masa dulu.
- gua terang bulan - nama jew terang tapi perghh gelap macam kopi, perlu bawak torchlight
semua gua di atas boleh di akses mengunakan kenderaan bermotor dan di penghujung jalan terdapat gua balai dan orang yang menjaga tempat itu. jika hendak bermain kuda pon boleh.
gua yang paling popular kat sini adalah gua angin dan gua batu sanding, tetapi memerlukan renjer untuk ke sini kerana perlu meredah hutan dan x lah jauh mana.
- gua batu sanding - terdapat sepasang batu yang seakan-akan tengah bersanding di dalam gua ini.
terdapat beberapa mitos yang mengatakan bahawa kota gelanggi nie boleh menghubungkan ke pantai timur samada terengganu, kelantan atau siam. ada jugak yang mengatakan bahawa terdapat kerajaan yang telah disumpah menjadi batu oleh sang kelembai kerana pergaduhan merebut puteri kota gelanggi antara dua orang raja pada masa itu.
gua tongkat entrance
dalam gua tongkat
laluan tar di bawah gua tongkat
bukit yang terdapat di kawasan gua kota gelanggi
same...
saya x sempat nak masuk ke dalam gua terang bulan sbb x ingat bawak torchlight.
p/s : jaga ikhtilat bila berada di sini dan ucap salam terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment