PENGENALAN
Jika anda berkunjung ke daerah tanah merah, kelantan, pasti anda akan terdengar tentang air terjun ini.Tempat ini dikendalikan atau di urus oleh seorang cikgu sekolah menenggah di daerah itu juga iaitu cikgu zainuddin bin yas (bekas cikgu saya). laluan ke sana boleh di akses mengunakan kenderaan bermotor so korang x perlu risau. sekarang air terjun ini dah banyak berubah dan segala kemudahan banyak di sediakan. korang jugak xperlu risau untuk berjalan jauh2 sbb air terjun dia hanya beberapa langkah jew dari parking, macam korang park keta tu dah bleh nampak air terjun tu mengalir. bayaran masuk untuk kereta adalah rm 3 dan klau motor rasanya rm 1. tempat menjual makanan pon ada kat sana. bagi yang nak membuat aktiviti berkhemah pon boleh cuma perlu berunding dengan cikgu zainudin.
airnya sangat jernih
sebenarnya ini bendang keladi, tapi kalau lalu kut sini pon boleh jgak sbb untuk sampai ke air terjun tu banyak jalan yang boleh di gunankan, salah satunyew nie lah
nie pon sama ...
memandangkan hujan pada malam hari air dia keruh sedikit, tapi air nyew x berbau dan batu-batu kat situ tidak berapa licin. (dasar kat sini adalah pasir berbanding kat tempat lain).
ada satu kawasan anda perlu berjalan jauh dan panjat bukit untuk ke kawasan nie, tapi tempat memang cantik. tapi sape2 bawak anak tu disyorkan jangan bawak sbb jalan yang disediakan di tepi lereng bukit yang sngt curam dan hanya 1 kaki lebar.
lepas panjat tu anda boleh lihat ada dua air terjun yang bercantum seperti dalam gambar nie
seperti anda lihat air nyew sngt jernih
di kawasan bawah sedikit berbatu dan gambar nie d ambil masa musim kemarau..
address : Jalan Jedok - Air Chanal - Legeh, 17700 Ayer Lanas, Kelantan, Malaysia
No comments:
Post a Comment