Wednesday, 24 May 2017

Taman Negara



PENGENALAN

memandangkan saya ada trip under uitm ke taman negara, jadi ini sedikit perkongsian tentang taman negara.

taman negara atau dikenali taman negara king george v sekitar tahun 1938/1939 sehingga kemerdekaan mempunyai hutan hujan tropika yang tertua di dunia. ini kerana hutan hujan tropika di malaysia tidak mengalami zaman ais seperti negara2 lain. ia menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia. pelbagai spesis flora dan fauna yang dapat di jumpai di sini. oleh sebab itu,banyak pengkaji-pengkaji atau pelancong luar ke sini untuk mengetahui dan mengenali lebih dekat hutan yang dikatakan tertua di dunia.

aktiviti yang paling popular di sini adalah :-

  • rapid shooting - dimana kita akan menaiki bot dan kita akan berlawan menyimbah air dengan bot yang lain sampai basah (masa bot tengah bergerak pergi ke sesuaru tempat)
  • jungle trekking - ada trek berjalan kaki yang di sediakan untuk pelancong dan boleh mengenal spesis pokok.
  • hiking - ada bukit terisik yang anda boleh mendaki dan ada 2 check point yang sangat cantik pemandangan dia
  • memancing - mempunyai 300 spesis ikan di sungai kenyam dan lata berkoh. (kelisa dan kelah)
  • kanopi walk - harga dia rm5, dan sangat puas hati dengan memandangan dan experience nie.
untuk masuk ke dalam taman negara, perlu memerlukan lesen tetapi anda juga boleh mengunakan renjer yang akan escort anda(harga saya x pasti). untuk mengambil gambar juga perlu membayar sebanyak rm5 (saya x pasti sebab ape tpi memang kena). di sepanjang perjalanan bersama dengan renjer, renjer tersebut akan menerangkan semua tentang taman negara tersebut. kalau nak bermalam di hostel atau hotel pon boleh dan jika ingin membuat perkhemahan pon boleh. 

di taman negara, terdapat suku kaum orang asli dan masih dengan cara hidup orang terdahulu. jika melihat budak perempuan yang umur nyew 13 14 tahun mendukung anak, percaya atau tidak itu adalah anak mereka kerana umur untuk berkhawin bagi perempuan adalah 13 tahun ke atas dan lelaki adalah 16 tahun ke atas. anda dapat belajar bagaimana untuk menyumpit dan membuat bara api di sini dan mereka akan menceritakan serba sedikit tentang kaum diorang. 


tengok muka pon dah tahu tempat nie menarik


untuk ke kaunter renjer, perlu menaiki bot dan x sampai seminit pon (sebab seberang sungai jew)


titian kanopi (canopy walk)- dsyorkan tengok dahulu dimana kita pegang takut ada sang tebuan tengah landing kat situ


puncak terisik (checkpoint 1)


tinggi bukan?, sesapa yang fobia tinggi, x perlu risau sbb setiap checkpoint ada yang menjaga dan keselamatan terjamin


salah satu perhentian selepas main rapid shooting (nie anak sungai mengalir ke ibu sungai yang kat depan sana tu)


puncak terisik (checkpoint 1)


trek ke puncak terisik (checkpoint 2)


di tepi sungai ( baju dah basah sbb rapid shooting)


 sesapa yang fobia tu, berhati-hati dengan manusia yang suka memperdajjalkan orang.


yang penting enjoy selagi boleh, kat sini boleh mandi dan air dia pon sejuk


pastikan memakai baju lengan panjang dan seluar trek yang boleh mengelakkan dari calar dan cedera.

Air Terjun Teladas

AIR TERJUN TELADAS

PENGENALAN

air terjun teladas terletak di daerah maran, Pahang. ianya mengambil beberapa minit sahaja dari bandar maran. disebabkan blog2 lain mengatakan bahawa air terjun teladas ini kotor, sampah merata-rata dan tidak terjaga tapi itu dulu sekarang dah banyak perubahan yang telah di lakukan untuk mencantikkan suasana di kawasan itu. saya seorang pelajar uitm pernah berhasrat untuk ke sini jika ada kelapangan tetapi bila bertanyakan hasrat untuk pergi ke sana kepada kawan, mereka telah menunjukkan beberapa gambar dari blog2 lain yang keadaan kat situ kotor. tetapi, belum cuba belum tahu kerana entry blog tersebut telah lama dan dah tidak sesuai untuk masa sekarang.

jadi saya telah pergi ke sana untuk membuktikan bahawa sangkaan kawan2 saya itu salah dan di dapati teladas sudah jauh berubah dari semua segi. ada tempat permainan kanak2 , jalan pon sudah bertar dan dulunya jalan tanah untuk pergi ke kawasan atas air terjun tetapi sekrang sudah ada jalan bersimen untuk anda ke sana. tapi yang pasti, jambatan gantung tetap ada dan tetap kukuh sehingga ke hari ini.

bila anda ke sini ada dua jalan, tapi jangan gelabah kerana dua2 tu adalah jalan ke air terjun tersebut, satu ke hutan lipur teladas(sebelah kanan), boleh jugak untuk mandi-manda dan satu lagi tempat berkelah air terjun teladas(sebelah kiri). dan pastikan anda lebih berhati-hati kerana sesetengah batu kat sini licin.



kawasan berkelah teladas mempunyai jambatan gantung dan masih kukuh.


jambatan atas jalan raya tu adalah jalan ke air terjun teladas, air terjun nie terletak betul2 dekat dengan jalan raya tersebut dan bila anda bermain dekat2 bahagian bawah, anda akan dengar kenderaan yang ekzos nyew kuat. 


suasana air terjun teladas yang amat sejuk dan nyaman dan air nyew jernih


nie bahagian di hutan lipur teladas (sebelah kanan), korang akan tengok air terjun yang paling tinggi kat situ. tapi watch ur step, tempat nie batu nyew licin. ( sbb saya hampir nak terjatuh dalam tu... haha)


nie bukan teladas tetapi di felda bukit tajau. saja nak up sikit nama kampung nie haha..(tapi kawasan kat situ sangat cantik)


akhir kata, kita jangan mudah percaya kepada orang kerana hidup ini kena mencuba, belum cuba belum tahu sudah cuba baru tahu. ia kan mengubah tangapan kita tentang sesuatu perkara, and thats make you grow. hidup hanya sekali dan semua keputusan di tangan anda adakah anda hanya ingin mengikut kata2 orang lain atau hidup dengan cara anda sendiri. anda putuskan dan Dia tentukan. babai....


Lubuk Yu

LUBUK YU (kawasan mandi-manda)

PENGENALAN

lubuk yu adalah kawasan mandi-manda di daerah maran. lubuk yu terletak di kawasan felda ulu jempol dan felda jengka. mungkin ramai yang tidak pernah mendengar tempat ini kerana lokasinya yang agak tersorot. nama lubuk yu nie bukan lah di ambil dari nama seekor ikan atau penemuan ikan yu tetapi ia dinama kan lubuk kerana terdapat penemuan kesan air terjun yang berbentuk "U" oleh penduduk peneroka di kawasan tersebut. Disebabkan saya seorang pelajar uitm di kawasan tu, jadi banyak jugak yang saya dengar tentang lubuk yu nie. so, try lah pegi ke sana..

kalau dari jengka ke lubuk yu melalui felda ulu jempol, x lama pon dalam 15 minit dah sampai (motor). jalan dia bertar dan boleh di akses mengunakan kenderaan. tiada caj parking dikenakan dan air terjun dia amat dekat dengan parking kenderaan. selalunyew orang akan datang untuk bersantai, berkelah, mandi-manda dan mancing boleh. tapi diingatkan supaya berhati-hati sedikit kerana air dia terlalu dalam bagi kawasan atas tapi kawasan bawah okey jew, untuk kanak2 pon boleh.

jika nak pergi ke lubuk yu kene pastikan yang malam sebelum nak pergi tu x hujan sbb klau malam hujan ia akan effect air lubuk yu tersebut menjadi keruh dan deras.



ada kawasan yang luas macam kolam dan di ingatkan supaya berhati2 sedikit kerana dalam


nie adalah laluan ke lubuk yu, jalan bertar (jangan nak ngade2 g ceroboh kebun orang sudah)


tengok air kat gambar kat atas, dalam bukan..


memandangkan semalam x hujan jadi air nyew x begitu deras


suasana lubuk yu di kawasan atas


bai..

Tuesday, 23 May 2017

Gua Kota Gelanggi

GUA KOTA GELANGGI

PENGENALAN

gua kota gelanggi terletak di berhampiran pulau tawar iaitu tempat asal pahlawan mat kilau. berhampiran dengan kota gelanggi nie juga terdapat muzium pahlawan mat kilau. terdapat beberapa buah gua yang boleh anda lawati daripada lebih dari 100 buah gua yang ada kat situ adalah :-


ada 3 gua yang anda boleh masuk tanpa memerlukan renjer iaitu gua tongkat, gua balai dan gua terang bulan.

  • gua tongkat - gua yang berbentuk seperti pintu gerbang dan mempunyai jalan bertar                                         melaluinya.
  • gua balai  - gua yang mempunyai keluasan seperti stadium dan terdapat beberapa kesan                              catatan kajian oleh arkeologi masa dulu.
  • gua terang bulan - nama jew terang tapi perghh gelap macam kopi, perlu bawak torchlight
semua gua di atas boleh di akses mengunakan kenderaan bermotor dan di penghujung jalan terdapat gua balai dan orang yang menjaga tempat itu. jika hendak bermain kuda pon boleh.

gua yang paling popular kat sini adalah gua angin dan gua batu sanding, tetapi memerlukan renjer untuk ke sini kerana perlu meredah hutan dan x lah jauh mana.

  • gua batu sanding - terdapat sepasang batu yang seakan-akan tengah bersanding di dalam gua     ini.
terdapat beberapa mitos yang mengatakan bahawa kota gelanggi nie boleh menghubungkan ke pantai timur samada terengganu, kelantan atau siam. ada jugak yang mengatakan bahawa terdapat kerajaan yang telah disumpah menjadi batu oleh sang kelembai kerana pergaduhan merebut puteri kota gelanggi antara dua orang raja pada masa itu.


gua tongkat entrance


dalam gua tongkat 


laluan tar di bawah gua tongkat


bukit yang terdapat di kawasan gua kota gelanggi


same...

saya x sempat nak masuk ke dalam gua terang bulan sbb x ingat bawak torchlight. 

p/s : jaga ikhtilat bila berada di sini dan ucap salam terlebih dahulu.

Gunung Senyum

GUNUNG SENYUM 

PENGENALAN

Gunung senyum (smiling mountain), terletak di felda jengka 25, jengka pahang. namanya di beri oleh sultan pahang sempena pengiringnya yang tersenyum bila di tanyakan oleh baginda apakah nama gunung tersebut semasa berada di kaki gunung. terdapat 25 gua di gunung senyum antaranya ialah :-


  • Gua Tapa, 
  • Gua Gudang Kelawar,
  •  Gua Kolam Tujuh, (dipercayai tempat bersiram puteri bunian)
  • Gua Batu Merlap, 
  • Gua Kambing, 
  • Gua Gajah, 
  • Gua Silat, (sempena gelangang silat oleh orang terdahulu )
  •  Gua Gong 
  •  Gua Danau Impian ( tempat toklong dan isterinya bermain )
  • Gua Terang Bulan 
  • Gua Kelam dan
  •  Gua Jebak Puyuh

antara legenda di gunung senyum ini ialah seorang yang berhati mulia yang dikenali tok long telah memperisterikan seorang puteri bunian. selepas sekian lama berada di sana, tok long menyatakan hasratnya ingin pulang ke kampung kepada isterinya kerana terlalu rindu. puteri bunian tersebut memberi syarat kepada toklong supaya pergi hanya sempurnama sahaja. tok long menerima syarat tersebut dan pergi pulang ke kampung.

selama sempurnama tok long di kampung, beliau telah terlupa akan syarat dan janji yang di buat dengan isterinya kerana terlalu seronok berjumpa dengan orang kampung. tetapi bila beliau teringat kembali janji tersebut, beliau terus bergegas ke gunung senyum untuk berjumpa dengan isterinya. sesampainya beliau di sana beliau dapati isterinya telah tiada dan beliau terus mencari , selama pencarian beliau akhirnya beliau berjumpa dengan isterinya tetapi tidak boleh mendekati isterinya tersebut ( gua danau impian ) , beliau telah menetap di sana sampai ke akhir hayat beliau dan di makamkan di gua yang diberi nama gua makam tok long. 






tasik di gunung senyum


sesapa ada hasrat nak masuk ikut kebun tongkat ali nie, harap korang batalkan hasrat korang kerana ada sang penjaga yang diberi nama "anjing" (saya kene kejar anjing masa masuk kebun nie tpi nasib baik x sempat gigit sbb naik motor.. kikiki , anjing hitam ko, jangan main2.hahaha )


papan tanda " gunung senyum "


jambatan ke gunung senyum


jalan kampung sekitar gunung senyum


di suatu sudut dalam gua makam tom long


jalan menuju ke gunung tersebut ( 3 minit dari tempat saya tidur nie ke gunung senyum )


di dalam gua makam tok long


same...(bawah tu adalah tempat masuk ke gua makam tok long)


pon same...

jika ingin membaca lebih detail pasal lagenda tersebut, disarankan korang semua pegi sendiri untuk tengok keindahan gua tersebut. sebenarnya untuk masuk ke dalam gua nie memerlukan renjer dan dikenakan bayaran rm 5 untuk masuk ke dalam gunung ini. memandangkan tempat ini penuh dengan gua dan sejarah, yang selalu datang ke sini hanyalah ahli arkeologi, pengkaji sejarah dan orang yang suka aktiviti caving.

perlu berhati bila menaiki tangga yang curam dan sedikit licin (kawan saya hampir terjatuh nasib baik sempat berpaut di tiang tangga). klau pergi sorang2 memang kau akan tahu betapa krik2 nyew kau datang sini. tetapi kalau datang untuk membuat perkhemahan atau aktiviti beramai-ramai amat lah seronok kerana kita dapat tahu serba sedikit tentang sejarah dan pembentukkan  gunung ini.


p/s : jika menggunakan waze atau google map di syorkan taip "gunung senyum" bukan "gunung senyum  recreational forest" kerana lokasi yang berbeza. yang recreational tu akan bawa anda ke dalam ladang kelapa sawit ( saye tau sbb saye dah terkena..huhu) dan pakai kasut please.....

bai...

Saturday, 20 May 2017

Air Terjun Telaga Bijih Campsite

AIR TERJUN TELAGA BIJIH CAMPSITE

PENGENALAN

Jika anda berkunjung ke daerah tanah merah, kelantan, pasti anda akan terdengar tentang air terjun ini.Tempat ini dikendalikan atau di urus oleh seorang cikgu sekolah menenggah di daerah itu juga iaitu cikgu zainuddin bin yas (bekas cikgu saya). laluan ke sana boleh di akses mengunakan kenderaan bermotor so korang x perlu risau. sekarang air terjun ini dah banyak berubah dan segala kemudahan banyak di sediakan. korang jugak xperlu risau untuk berjalan jauh2 sbb air terjun dia hanya beberapa langkah jew dari parking, macam korang park keta tu dah bleh nampak air terjun tu mengalir. bayaran masuk untuk kereta adalah rm 3 dan klau motor rasanya rm 1. tempat menjual makanan pon ada kat sana. bagi yang nak membuat aktiviti berkhemah pon boleh cuma perlu berunding dengan cikgu zainudin.




airnya sangat jernih


sebenarnya ini bendang keladi, tapi kalau lalu kut sini pon boleh jgak sbb untuk sampai ke air terjun tu banyak jalan yang boleh di gunankan, salah satunyew nie lah


nie pon sama ...


memandangkan hujan pada malam hari air dia keruh sedikit, tapi air nyew x berbau dan batu-batu kat situ tidak berapa licin. (dasar kat sini adalah pasir berbanding kat tempat lain).


ada satu kawasan anda perlu berjalan jauh dan panjat bukit untuk ke kawasan nie, tapi tempat memang cantik. tapi sape2 bawak anak tu disyorkan jangan bawak sbb jalan yang disediakan di tepi lereng bukit yang sngt curam dan hanya 1 kaki lebar.


lepas panjat tu anda boleh lihat ada dua air terjun yang bercantum seperti dalam gambar nie


seperti anda lihat air nyew sngt jernih


di kawasan bawah sedikit berbatu dan gambar nie d ambil masa musim kemarau..


address : Jalan Jedok - Air Chanal - Legeh, 17700 Ayer Lanas, Kelantan, Malaysia

Tok Bali

TOK BALI

PENGENALAN

Pantai Tok Bali ialah sebuah pantai yang terletak di KelantanMalaysia.
Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Terdapat banyak rumah tumpangan atau resort yang indah di sepanjang pantai tok bali seperti Tok Aman Beach Resort, Villa Danialla dan sebagainya. Selain itu, bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.
Tok Bali juga merupakan destinasi penjualan hasil-hasil penangkapan oleh nelayan-nelayan. Kita dapat meperolehi hasil - hasil tersebut dengan harga yang berpatutan di samping dapat menikmati kesegaran hasil - hasil tangkapan.Secara tidak langsung, ia menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini kerana banyak menjual pelbagai makanan laut.

Jom singgah

kolam renang yang disediakan oleh tok aman bali beach resort

sekitar kawasan tok aman bali beach resort


tangga ke menara peninjau di tok aman bali


salah satu kemudahan yang diberikan oleh pihak tok aman bali kepada pengunjung


memandangkan tok bali terletak di sebelah timur, anda boleh melihat sunrise dari sini


sunrise di tok bali


sunrise lagi


dari pantai tok bali anda boleh melihat beberapa buah pulau berdekatan ( x pasti pulau ape, pulau perhentian kot )


ada yang buat photoshot dan ada yang mandi manda, ikan pon banyak


tapak sulaiman pon ada di sini


sunrise lagi....!!!!


kalau anda melihat seseorang sedang memegang kayu macam dalam gambar nie, pergi lah dekat dia, mana tau dapat lala atau "etok" free.. haha


last skali, nie adalah spesis ikan, ikan apa, ikan buntal... hahahaha


setakat ini saja berkongsian untuk hari ini.. until next time.. bai3

Taman Negara

PENGENALAN memandangkan saya ada trip under uitm ke taman negara, jadi ini sedikit perkongsian tentang taman negara. taman negara atau...