Saturday, 20 May 2017

Tok Bali

TOK BALI

PENGENALAN

Pantai Tok Bali ialah sebuah pantai yang terletak di KelantanMalaysia.
Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Terdapat banyak rumah tumpangan atau resort yang indah di sepanjang pantai tok bali seperti Tok Aman Beach Resort, Villa Danialla dan sebagainya. Selain itu, bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.
Tok Bali juga merupakan destinasi penjualan hasil-hasil penangkapan oleh nelayan-nelayan. Kita dapat meperolehi hasil - hasil tersebut dengan harga yang berpatutan di samping dapat menikmati kesegaran hasil - hasil tangkapan.Secara tidak langsung, ia menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini kerana banyak menjual pelbagai makanan laut.

Jom singgah

kolam renang yang disediakan oleh tok aman bali beach resort

sekitar kawasan tok aman bali beach resort


tangga ke menara peninjau di tok aman bali


salah satu kemudahan yang diberikan oleh pihak tok aman bali kepada pengunjung


memandangkan tok bali terletak di sebelah timur, anda boleh melihat sunrise dari sini


sunrise di tok bali


sunrise lagi


dari pantai tok bali anda boleh melihat beberapa buah pulau berdekatan ( x pasti pulau ape, pulau perhentian kot )


ada yang buat photoshot dan ada yang mandi manda, ikan pon banyak


tapak sulaiman pon ada di sini


sunrise lagi....!!!!


kalau anda melihat seseorang sedang memegang kayu macam dalam gambar nie, pergi lah dekat dia, mana tau dapat lala atau "etok" free.. haha


last skali, nie adalah spesis ikan, ikan apa, ikan buntal... hahahaha


setakat ini saja berkongsian untuk hari ini.. until next time.. bai3

No comments:

Post a Comment

Taman Negara

PENGENALAN memandangkan saya ada trip under uitm ke taman negara, jadi ini sedikit perkongsian tentang taman negara. taman negara atau...